Pembiayaan Pendidikan Yayasan ANGKASA

PENERAJU PENDIDIKAN WARGA KOPERASI

Previous slide
Next slide

PENGENALAN

  • Yayasan ANGKASA sebelumnya dikenali sebagai Tabung Pendidikan ANGKASA (TAPAK) dari tahun 2000 hingga kini merupakan yayasan yang ditubuhkan oleh Angkatan Koperasi Kebangsaan Malaysia (ANGKASA) pada tahun 2012.
  • Yayasan ANGKASA bertanggungjawab menyediakan kemudahan bantuan pembiayaan boleh ubah (PBU) ke biasiswa kepada anggota dan anak-anak anggota koperasi yang mendapat tawaran melanjutkan pelajaran ke peringkat Ijazah Sarjana Muda manakala pembiayaan bagi Ijazah Sarjana (Master) dan Doktor Falsafah (PhD) di Universiti Awam (UA) dan Swasta (US) dalam negara serta menjalankan kebajikan sosio-ekonomi.

KEISTIMEWAAN PEMBIAYAAN PENDIDIKAN YAYASAN ANGKASA

  • Pembiayaan boleh diubah kepada Biasiswa berdasarkan pencapaian Kelas dan Gred Pengijazahan tertakluk kepada Ijazah Sarjana Muda bagi mod Sepenuh Masa sahaja.
  • Berjaya mendapat keputusan kelas pertama, pembiayaan akan ditukar kepada biasiswa sepenuhnya (100%) manakala yang mendapat kelulusan kelas kedua atas akan diberi biasiswa enam puluh lima peratus (60%) dari jumlah pembiayaannya dan lain-lain perlu dibayar semula (100%) dari jumlah pembiayaannya.
  • Pembiayaan Pendidikan Yayasan ANGKASA tidak dikenakan sebarang Faedah.
  • Merangkumi tahap pengajian seperti Ijazah Sarjana Muda, Ijazah Sarjana (Master) & Ijazah Doktor Falsafah (PhD) dalam pelbagai bidang bagi mod Sepenuh/Separuh Masa.

KELAS PERATUSAN PERUBAHAN KEPADA BIASISWA

KELAS *CGPA TERAKHIR BIASISWA
Pertama 3.50 - 4.00 100% Biasiswa
Kedua Atas 3.00 - 3.49 60% Biasiswa
Lain-lain 2.99 - ke bawah 100% Bayaran Balik

*CGPA Terakhir tertakluk pengkelasan gred ijazah pengiktirafan Senat Universiti

SYARAT KELAYAKAN ASAS

  • Warganegara Malaysia
  • Anggota Koperasi Permodalan Rakyat Berhad / yang berdaftar di bawah ANGKASA
  • Berumur bawah 25 tahun bagi Ijazah Sarjana Muda (sepenuh masa).
  • Berumur bawah 45 tahun bagi Ijazah Sarjana Muda (separuh masa @ PJJ), Sarjana (Master) dan Doktor Falsafah (PhD).
  • Telah menerima surat tawaran pengajian dari mana-mana Institusi Pengajian Tinggi di dalam negara.
  • Hanya pemohon yang belum menerima sebarang penajaan dari lain-lain penaja layak memohon.
  • Maksima empat (4) tahun pengajian dan lima (5) tahun bagi kursus perubatan (bagi mod pengajian sepenuh masa sahaja)

PENDAFTARAN

  • Permohonan dibuka pada setiap tahun iaitu 01 Ogos 2024 hingga 31 Oktober 2024
  • Pemohon Pembiayaan Pendidikan Yayasan ANGKASA MESTI membeli nombor PIN terlebih dahulu bernilai RM10.00
  • Pastikan pemohon memenuhi syarat Pembiayaan Pendidikan Yayasan ANGKASA dengan menjadi anggota Koperasi Permodalan Rakyat Berhad.
Previous slide
Next slide

PENAFIAN DAN TERMA

PEMBIAYAAN PENDIDIKAN YAYASAN ANGKASA DAN KOPERASI PERMODALAN RAKYAT​
  • Terma dan Syarat ini menggariskan syarat-syarat kelayakan, tanggungjawab, dan peraturan yang harus dipatuhi oleh penerima pembiayaan.
  • Yayasan ANGKASA dan Koperasi Permodalan Rakyat Berhad tidak bertanggungjawab atas sebarang kerugian atau kerosakan yang dialami oleh penerima pembiayaan akibat daripada pelanggaran terma dan syarat ini. 
  • Pembiayaan Pendidikan ini disediakan oleh Yayasan ANGKASA untuk membantu pelajar yang memerlukan dalam melanjutkan pengajian mereka. 
  • Koperasi Permodalan Rakyat Berhad membantu pelajar-pelajar yang tidak mempunyai keahlian koperasi untuk memenuhi syarat memohon Pembiayaan Pendidikan Yayasan ANGKASA.
  • Semua permohonan mesti dibuat melalui borang permohonan rasmi yang disediakan oleh Yayasan ANGKASA.
  • Permohonan mesti dihantar sebelum tarikh tutup yang ditetapkan oleh Yayasan ANGKASA.
  • Semua permohonan akan dinilai berdasarkan kriteria kelayakan, keperluan kewangan pemohon dan memenuhi syarat.
  • Koperasi Permodalan Rakyat Berhad tidak terlibat dalam mana-mana urusan dalaman atau luaran Yayasan ANGKASA termasuklah dalam membuat keputusan Pembiayaan Pendidikan Yayasan ANGKASA.
  • Penerima pembiayaan mesti mengekalkan rekod akademik yang baik sepanjang tempoh pembiayaan.
  • Penerima pembiayaan mesti menabur bakti kepada komuniti koperasi dan Koperasi Permodalan Rakyat khususnya.
  • Penerima mesti mematuhi semua peraturan dan syarat yang ditetapkan oleh Yayasan ANGKASA dan institusi pendidikan.
  • Sekiranya penerima gagal mengekalkan prestasi akademik yang memuaskan atau melanggar syarat-syarat pembiayaan, Yayasan ANGKASA berhak untuk menarik balik pembiayaan tersebut.
  • Untuk sebarang pertanyaan atau maklumat lanjut mengenai Pembiayaan Pendidikan Yayasan ANGKASA, sila hubungi:

    Unit Hal Ehwal Pelajar
    Yayasan ANGKASA
    Telefon: 03-7880 5358 (sambungan 1)
    Emel: pengurusan@yayasanangkasa.coop

  • Untuk bantuan mengenai keahlian koperasi, sila hubungi:

    Bahagian Komunikasi dan Korporat
    Koperasi Permodalan Rakyat Berhad

    Telefon: 011-5766 1657 (WhatsApp)
    Emel: info@kprakyat.com

Koperasi Permodalan Rakyat Berhad (No. Daftar: 202359502303)

Koperasi Permodalan Rakyat Berhad © All Rights Reserved