PENDAFTARAN

daftar sekarang

Hanya pendaftaran secara atas talian, boleh tekan pautan:

Previous slide
Next slide

prosedur permohonan menjadi anggota KOPERA

  1. Keanggotaan Koperasi terbuka kepada individu dalam golongan mahasiswa, belia, kumpulan B40 dan M40.
  2. Mestilah warganegara Malaysia.
  3. Mencapai umur lapan belas (18) tahun.
  4. Bukan seorang yang tidak upaya dari segi mental.
  5. Bukan seorang berstatus bankrap yang belum dilepaskan.
  6. Bukan seorang yang terhadapnya masih berkuat kuasa suatu sabitan bagi kesalahan yang boleh daftar.
  7. Bukan seorang yang telah dibuang daripada menjadi anggota di bawah Akta dan suatu tempoh selama SATU (1) tahun atau belum lagi berlalu dari tarikh pembuangan itu.
  1. Sila berdaftar secara dalam talian (ONLINE) di laman web iKOPERA.
  2. Isikan segala maklumat dengan tepat dan lengkap untuk memudahkan proses kakitangan Koperasi.
  3. Selepas selesai mengisi mestilah membayar Fi Masuk,

    YURAN PENDAFTARAN MASUK : RM 100.00

  4. Sila menunggu keputusan daripada Ahli Jawatankuasa Anggota melalui e-mel yang direkod semasa buat permohonan selama 7 hari waktu bekerja.
  1. PRA-KELULUSAN akan dibuat selepas penapisan pemohon oleh Ahli Jawatankuasa dan pengesahan daripada Anggota Lembaga Koperasi.
  2. Pemakluman berkenaan kelulusan akan dimaklumkan melalui emel yang telah direkod semasa membuat permohonan.
  3. Pembayaran syer hanya perlu dijelaskan selepas mendapat emel kelulusan dari pihak Koperasi Permodalan Rakyat Berhad.
  4. Pemohon yang diluluskan diwajibkan membuat pembayaran dalam tempoh 14 hari waktu bekerja sebanyak

    SYER MINIMA : RM 600.00

  5. Pembayaran sebelum mendapat KELULUSAN daripada pihak Koperasi Permodalan Rakyat Berhad adalah tidak sah dan wang tidak akan dikembalikan.
  6. Sekiranya gagal, permohonan tersebut akan DIHAPUSKAN tanpa dimaklumkan.
  1. Salinan KAD PENGENALAN (FOTOSTAT / GAMBAR) BEWARNA pemohon (DEPAN & BELAKANG).
  2. Sila emailkan di info@kprakyat.com semua dokumen yang di atas selepas pemohon mendapat kelulusan dari pihak Koperasi Permodalan Rakyat Berhad.

Koperasi Permodalan Rakyat Berhad (No. Daftar: 202359502303)

Koperasi Permodalan Rakyat Berhad © All Rights Reserved