promosi

PERADUAN MASUK & MENANG BERNILAI RM 50,000.00 DAN HADIAH LUMAYAN

Rebut peluang memenangi hadiah lumayan! Sertai Peraduan Masuk & Menang RM50,000. Daftar mulai 15 Julai 2024 hingga 15 Oktober 2025. Jangan lepaskan peluang!

TERMA DAN SYARAT

Peraduan “Masuk & Menang RM50,000” berlangsung dari 15 Julai 2024 hingga 15 Oktober 2025.

  • Peraduan ini terbuka kepada semua warga Malaysia berusia 18 tahun ke atas.
  • Anggota Koperasi Permodalan Rakyat adalah layak untuk menyertai peraduan ini.
  • Kelayakan masuk mestilah mempunyai syer sebanyak RM1,000.00 semasa pendaftaran baru/pertama.
  • Peserta mestilah mengekalkan syer minima RM1,000.00 sepanjang tempoh peraduan.
  • Penyertaan boleh dibuat dengan mendaftar menjadi keanggotaan Koperasi Permodalan Rakyat.
  • Untuk anggota sedia ada mestilah mempunyai syer sebanyak RM 1,000.00 bagi melayakkan penyertaan.
  • Setiap peserta hanya layak untuk satu penyertaan sahaja.
  • Hadiah utama: Perodua Bezza atau RM 50,000.
  • Hadiah tambahan: Telefon pintar, komputer riba, dan hadiah-hadiah lumayan lain.
  • Semua hadiah adalah tertakluk kepada perubahan dan ketersediaan.
  • Pemenang akan dipilih secara rawak oleh sistem komputer.
  • Keputusan adalah muktamad dan sebarang rayuan tidak akan dilayan.
  • Gambar hadiah yang digunakan dalam bahan promosi adalah untuk tujuan ilustrasi sahaja dan mungkin berbeza daripada hadiah sebenar.
  • Pemenang akan diumumkan di laman web rasmi dan media sosial Koperasi Permodalan Rakyat.
  • Pemenang akan dihubungi melalui nombor telefon atau alamat emel yang diberikan semasa pendaftaran.
  • Pemenang mesti menuntut hadiah dalam tempoh 30 hari dari tarikh pengumuman.
  • Sekiranya pemenang gagal menuntut hadiah dalam tempoh yang ditetapkan, hadiah tersebut akan dibatalkan.
  • Pihak penganjur tidak akan bertanggungjawab atas sebarang kerosakan, kerugian atau kecederaan yang dialami oleh peserta semasa menyertai peraduan ini atau penggunaan hadiah.
  • Pihak penganjur berhak untuk mengubah, meminda, atau menambah terma dan syarat ini tanpa notis terlebih dahulu.
  • Maklumat peribadi peserta akan digunakan hanya untuk tujuan peraduan ini dan tidak akan dikongsi dengan pihak ketiga tanpa kebenaran peserta.
  • Semua penyertaan dan penerimaan hadiah adalah tertakluk kepada terma dan syarat yang ditetapkan oleh Koperasi Permodalan Rakyat.

Koperasi Permodalan Rakyat Berhad (No. Daftar: 202359502303)

Koperasi Permodalan Rakyat Berhad © All Rights Reserved