PENDAFTARAN

daftar sekarang

Hanya pendaftaran secara atas talian, boleh tekan pautan:

prosedur permohonan menjadi anggota KOPERA

  1. Keanggotaan Koperasi terbuka kepada individu dalam golongan mahasiswa, belia, kumpulan B40 dan M40.
  2. Mestilah warganegara Malaysia.
  3. Mencapai umur lapan belas (18) tahun.
  4. Bukan seorang yang tidak upaya dari segi mental.
  5. Bukan seorang berstatus bankrap yang belum dilepaskan.
  6. Bukan seorang yang terhadapnya masih berkuat kuasa suatu sabitan bagi kesalahan yang boleh daftar.
  7. Bukan seorang yang telah dibuang daripada menjadi anggota di bawah Akta dan suatu tempoh selama SATU (1) tahun atau belum lagi berlalu dari tarikh pembuangan itu.
  1. Sila berdaftar secara dalam talian (ONLINE) di laman web iKOPERA.
  2. Isikan segala maklumat dengan tepat dan lengkap untuk memudahkan proses kakitangan Koperasi.
  1. KELULUSAN akan dibuat selepas penapisan pemohon oleh Ahli Jawatankuasa dan pengesahan daripada Anggota Lembaga Koperasi.
  2. Pemakluman berkenaan kelulusan akan dimaklumkan melalui emel yang telah direkod semasa membuat permohonan.
  3. Pembayaran minima syer, fi masuk dan caruman bulanan hanya perlu dijelaskan selepas mendapat emel kelulusan dari pihak Koperasi Permodalan Rakyat Berhad.
  4. Pemohon yang diluluskan diwajibkan membuat pembayaran dalam tempoh 7 hari waktu bekerja sebanyak

     

    YURAN PENDAFTARAN MASUK : RM 100.00
    SYER MINIMA : RM 500.00
    CARUMAN BULANAN : RM 30.00

  5. Pembayaran sebelum mendapat KELULUSAN daripada pihak Koperasi Permodalan Rakyat Berhad adalah tidak sah dan wang tidak akan dikembalikan.
  6. Sekiranya gagal, permohonan tersebut akan DIHAPUSKAN tanpa dimaklumkan.
  1. Salinan KAD PENGENALAN BEWARNA pemohon (DEPAN & BELAKANG).
  2. Slip bayaran pendaftaran RM 100.00, Syer Minima RM 500.00 dan Caruman bulanan RM 30.00.

    KESELURUHAN DI DALAM SLIP BAYARAN : RM 630.00 (Tidak termasuk caj perkhidmatan)

  3. Sila emailkan di info@kprakyat.com semua dokumen yang di atas selepas pemohon mendapat kelulusan dari pihak Koperasi Permodalan Rakyat Berhad.

Koperasi Permodalan Rakyat Berhad (No. Daftar: 202359502303)

Koperasi Permodalan Rakyat Berhad © All Rights Reserved